BAGAIMANA IBU-IBU BOLEH BERLAMA-LAMA DI RUMAH ALLAH HINGGA 30-75HARI?

Umrah 20 hari bagi kak fie rasa dah cukup lama, rupanya ada ibu-ibu yang tinggal di Mekah & Madinah lebih lama,

kak fie jadi penasaran, jadi setiap kali pasti kak fie akan interview sedikit sebanyak. Seperti yg kak fie cakap tempoh hari, 6-8org yang kak fie interview ada 2 persamaan dibawah:

1) PASSIVE INCOME DARI PENCEN

Kebanyakan mereka adalah pesara kerajaan baik ibu-ibu dari indonesia atau Malaysia, usia mereka sudah melebihi dari 55 tahun keatas dan rata-rata mempunyai pencen dari pekerjaan mereka.

Bagus ada pencen ni, passive income untuk kita bila dah tua nanti, bukan pesara kerajaan jer yang layak ada pencen, kita yang bekerja swasta/berkerja sendiri pun layak berpencen asalkan kita uruskan kewangan dengan baik dan berhemah. Nak lagu best ada makcik-makcik yang suaminya pun mempunyai duit pencen bulanan, walaupun suami telah pergi menghadap ilahi, sang isteri bijak menguruskan wang pencen suami, buat ke Rumah Allah setiap tahun.

Allahukbar.Jom kita mula simpan duit utk pencen ya!

2) SELESAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK.

Yang ni lagi best! 6 dari 8 ibu-ibu telah setelkan tanggungjawab mereka kepada anak-anak, maksudnya keperluan anak-anak telah disediakan sebelum mereka berangkat lama, yang paling penting..

– sediakan rumah yg cukup utk setiap orang anak supaya mereka tak merempat

– sediakan tanah untuk anak bangunkan kediaman mereka sendiri menggunakan gaji pertama mereka

– Naikkan rumah sewa untuk perbelanjaan anak² dan cucu.

Mereka invest in property & mereka ajar anak-anak utk bijak melabur sis!

Kak fie rasa sangat wow dengan jawapan makcik-makcik & sgt berterima kasih kepada diri sendiri kerana berani bertanya, jawapan-jawapan ini memberikan kak fie motivasi untuk menjadi ibu yang lebih baik dimasa hadapan.

Jika ibu, nenek atau moyang kita tak mampu menyediakan apa yang diperlukan untuk kita atau cucu cicit mereka warisi, kitalah yg patut memecahkan tradisi itu ♥️

jom target sediakan sebijik rumah untuk setiap anak atau jom kite naikkan rumah sewa!!

2 tips yang sangat baik dan hebat untuk seorang pemula, kebijaksanaan menguruskan kewangan adalah ilmu yg terbaik yg patut ibu-ibu ada selain pengurusan rumahtangga.

Banyak permasalahan rumahtangga dan keluarga datang dari pengurusan kawangan yang tunggang terbalik, jadi, mulakan berdikit-dikit, memperbetulkan kedudukan kewangan keluarga dan berdoalah sekuat hati moga Allah menyusun keperluan kita dengan baik.

insha Allah, Allah will guide the rest.